Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Friday 3 April 2015

APA ITU APPLE??

Sumber: Syarifuddin

Pengenalan Bagi Apple

 Apple Store ialah sebuah laman web yang mempunyai maklumat tentang gadget berjenama Apple dengan terperinci. selain itu, Syarikat Apple mempunyai 180 buah kedai menjualan runcit barangan berjenama Apple di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada dan Itali. Apple kini menggaji melebihi 200,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah A$$ 19.3 Billion.

Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Diperbadankan pada 3 Januari 1977 , syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.

Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartphone iPhone dan sistemvideo digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalamkomputer peribadi.


No comments:

Post a Comment