Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Wednesday 27 August 2014

CARA-CARA HENDAK MEMBUAT JADUAL HUBUNGAN SATU KE SATU

Hey ! nak tahu tak? haritu kita dah belajar tentang Apa Itu Jadual Hubungan, Jenis-Jenis Jadual Hubungan dan Ciri-Ciri Jadual Hubungan kan? apa perasaan korang bila time nak belajar benda tu semua? susah ke senang eh? haha takpelah sebab harini kelas WEB termasuklah saya akan post pulak cara-cara nak buat table one to one so lepasni korang tau la nak buat macam mana jadual hubungannya okayy? ^-^ Firstly mula-mula kita bukak dulu MS Access macam kat bawah ni. Ala korang mesti tau punya..



2. Berikan nama fail pangkalan data contohnya nama fail yang diberikan ialah "ONE TO ONE"


* klik "create" dan buat jadual berikut
a) Jadual AnggotaBomba
b) Jadual PENGENALAN



3. Buat "Relationship" antara dua jadual berikut. Klik "Database Tools". Sebelum klik "Relationship pastikan tutup kedua-dua jadual terlebih dahulu.


4. Dialog box "Show Table" akan keluar dan :Add: kedua-dua table. Close setelah kedua-dua jadual dipaparkan.

5. Klik dan drag medan "IDAnggota" pada jadual AnggotaBomba ke medan "IDAnggota".
6. Klik "create" pada Dialog box dan klik "Edit Relationship" kemudian tanda "Enforce Referential Integrity"


7. Maka kedua-dua jadual telah menjadi hubungan jadual satu ke satu seperti di bawah ini.



*Info
* Enforce Referential Integrity ialah satu konsep pangkalan data yang memastikan hubungan antara jadual tetap konsisten. Apabila satu jadual mempunyai kunci asing ke jadual yang lain, konsep Enforce Referential Integrity menyatakan bahawa tidak boleh menambah rekod ke jadual yang mengandungi kunci asing kecuali terdapat rekod yang sama dalam jadual yang dipautkan.




Haaa macam mana? dah faham ke tak macam mana nak buat jadual hubungan satu ke satu? senang ke susah? Okaylah kalau ada apa-apa soalan sila komen ye ^-^


Tuesday 26 August 2014

Ciri-Ciri Jadual Hubungan

Assalamualaikum semua :D hari ni saya akan post tentang Ciri-Ciri Hubungan Jadual.. Korang ingat tak haritu saya ada post tentang jenis-jenis hubungan jadual? haaa ada kan? ni pulak ciri-ciri dia.. Mula-mula nak buat ciri-ciri ni pun tak dapat nak bezakan antara ciri-ciri dengan jenis macam mana haha ni pun tak tahu la betul ke takk..



Ciri-Ciri Hubungan Satu Ke Satu

Ciri-ciri hubungan satu ke satu ialah jika jadual pangkalan data mengandungi beberapa lajur, entity akan perpecah kepada 2 entity dalam jenis jadual hubungan satu ke satu. Sebagai contoh, entity pelajar berhubung dengan entity kursus tetapi dalam entity pelajar dan kursus mempunyai banyak atribut.
  
 Ciri-Ciri Hubungan Satu Ke Banyak

Ciri-Ciri hubungan satu ke banyak ialah apabila satu entity contohnya dalam jadual pelajar berhubungan dengan atribut dalam jadual kursus. Jadual pelajar boleh mempunyai rekod yang hamper sama banyak dalam jadual kursus. Sebagai contoh, semua maklumat pelajar disimpan dalam jadual pelajar manakala semua kursus pelajar disimpan dalam jadual kursus. Setiap pelajar boleh mempunyai banyak kursus tetapi setiap kursus hanya boleh dihasilkan untuk satu pelajar.


Ciri-Ciri Hubungan Banyak Ke Banyak

Dalam hubungan banyak ke banyak, satu atau lebih baris dalam jadual boleh dikaitkan dengan 1 atau banyak baris dalam jadual yang lain. Sebagai contoh, semua pelajar yang mempunyai kursus dalam jadual pelajar manakala semua jenis kursus terdapat dalam jadual kursus. Setiap pelajar boleh mempunyai banyak kursus dan setiap kursus boleh diberikan kepada banyak pelajar.

Monday 11 August 2014

Jenis-Jenis Hubungan (Relationship) Dalam Ms Access

Assalamualaikum semua ! :) Hari tu saya baru je post tentang apa itu Ms Access tapi sebenarnya kalau korang nak tau, tu cuma apa dia je belum lagi tentang jenisnya kan? haha lepasni mesti korang nak tau kan apa dia jenis hubungan tu? Kalau macam tu ajumm kita baca tapi sebelum saya terangkan lebih detail lagi, biarkan saya terangkan jenisnya ada berapa. Jenis hubungan ada 3 iaitu satu ke satu, satu ke banyak dan banyak ke banyak.

Satu ke Satu (One To One)
Setiap rekod dalam satu jadual mempunyai paling banyak satu rekod berkaitan dalam jadual yang lain. Setiap rekod di dalam Jadual A hanya boleh mempunyai satu rekod yang sepadan dalam Jadual B, dan setiap rekod dalam Jadual B hanya boleh mempunyai satu rekod yang hampir sama dalam Jadual A. Hubungan ini bukan hubungan biasa, kerana kebanyakan matlamat yang berkaitan dengan cara ini akan berada di dalam satu jadual.

Satu ke Banyak (One To Many)
Hubungan satu ke banyak sering dirujuk sebagai "pengajar detail" atau "ibu bapa dan anak". Hubungan yang paling biasa di antara dua jadual dalam pangkalan data. Hubungan satu ke banyak adalah jenis paling biasa dalam hubungan. Dalam hubungan satu ke banyak, satu rekod dalam jadual boleh mempunyai rekod yang hampir sama banyak dalam Jadual B, tetapi rekod dalam Jadual hanya mempunyai satu rekod yang hampir sama dalam Jadual A.

Banyak ke Banyak (Many To Many)
Dalam hubungan banyak ke banyak, satu rekod dalam Jadual boleh mempunyai rekod yang hampir sama banyak dalam Jadual B. Rekod dalam jadual B boleh mempunyai rekod yang hampir sama banyak dalam Jadual A. Jenis ini cuma boleh dilakukan dengan menentukan jadual ketiga (dipanggil  jadual persimpangan) kunci primer terdiri daripada dua bidang dan kunci asing dari kedua-dua Jadual A dan B. Satu hubungan banyak ke banyak bermakna untuk setiap rekod dalam satu jadual. Hubungan banyak ke banyak tidak dapat ditunjukkan secara langsung dalam program pangkalan data hubungan dan perlu dibina dengan menggunakan dua atau lebih hubungan.