Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Tuesday 31 March 2015

APA ITU INSTAGRAM??

Sumber: Hazirah


instagram.com/ merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian fakta dan rangkaian sosial secara dalam talian yang mebolehkan penggunannya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidm,atan rangkaian sosial. Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom and Mike Krieger dan dilancarkan pada October 2010

Perkhidmatan ini cepat mendapat populariti dengan lebih 100 juta pengguna aktif pada April 2010. Manakala pada Disember 2014, populariti Instagram menaik dengan lebih dari 300 juta pengguna. Instagram diedarkan melalui AppStore, google play and windows store. Sokongan untuk aplikasi yang boleh didapati untuk iPhone, iPod Touch dan telefon Android/Smartphone.

Perkhidmatan ini telah dibeli facebook pada bulan April 2012, kira-kira AS $ 1Billion dalam bentuk wang tunai dan saham. Pada tahun 2013, instagram populariti dan pengguna instagram meningkat sebanyak 23%. Istagram memulakan pembangunan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) apabila Systrom dan Brazil Krieger memilih untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

Nama Instagram adalah singkatan untuk ‘kamera segera’ dan ‘telegram’. Pada mulanya instagram hanya membenarkan penggunanya berkongsi gambar sahaja. Pada 2012, pengasas instagram telah maniktararkan instagram dengan membolehkan penggunanya berkongsi video, selain gambar.  


Monday 30 March 2015

APA ITU BRAINLY

Sumber: Irfah

Apa Itu Brainly???

Untuk pengetahuan anda semua, brainly.my adalah rangkaian pembelajaran sosial yang direka khas bagi membantu para pelajar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Ini bersesuaian dengan objektif mereka iaitu belajar bersama dan membantu antara satu sama lain dalam pembelajaran. 
Bagaimana ianya berfungsi?? lihat paparan di bawah..
 

Maksud bagi paparan di atas ialah jika anda sukakan sesuatu matapelajaran tersebut, tetapi anda sangat lemah mengendalikan lain-lain matapelajaran, anda boleh belajar bersama pelajar yang pandai mengenai pelajaran tersebut.

Brainly juga adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Cracow, Poland, yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia.  Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Laman web pertama kumpulan itu telah dilancarkan pada tahun 2009 di Poland di bawah nama Zadane. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.


Sunday 29 March 2015

APA ITU TWITTER??

Sumber: Ain
Twitter adalah satu tempat yang semua orang boleh access. Twitter mempunyai bermacam-macam kegunaan. Salah satu nya ialah "tweet". Sebelum nak tweet sesuatu, kita kena create account untuk menggunakannya. Lain daripada tweet, kita boleh bagi information, upload gambar, tulis "bio" follow orang lain etc.

DAFTAR
i. Untuk guna twitter, sign up terlebih dahulu.
ii. Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta seperti nama, email, password, re-type password, tarikh lahir and click pada sign up.
iii. Tunggu pengesahan dari twitter. Jika sudah disahkan, maka teruskan menggunakan twitter.

FOLLOW/FOLLOWERS/FOLLOWING
i. Untuk mendapatkan ramai kenalan, kita perlu cari orang lain dengan menggunakan symbol "@". Jika tidak, twitter juga sudah mencadangkan orang-orang yang kita nak follow. Jika tak nak guna cadangan yang diberikan, gunakan cara yang disebut tadi iaitu symbol “@”.
ii. Followers tu adalah orang lain follow kita dan following tu kita sendiri yang follow account orang tu sebab nak follow perkembangan dia.


Saturday 28 March 2015

APA ITU 4SHARED

Sumber: Afiqah



Pengenalan Kepada 4shared


      4shared adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari. Ada empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail iaitu video, muzik, gambar foto dan buku.

Penggunaan 4shared

       4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MB ke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail. Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. 

       Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer.

       Penguna-pengguna yang belum didaftar perlu menunggu 20 saat didalam barisan muat turun (CAPTHCA tidak perlu disempurnakan) dan boleh memulakan beberapa muat turun secara serentak. 


Friday 27 March 2015

PENGENALAN TENTANG SAPS

Assalamualaikum semua.. kalini saya akan post mengenai laman web. Ni laman web untuk pembentangan iaitu laman web SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Saya akan terangkan semua mengenai SAPS :)



APAKAH KEGUNAAN SAPS?
        Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

        Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.


KELEBIHAN SAPS?
        Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
   
         Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.


KEBURUKAN SAPS?
        Selain kelebihan, SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN SAPS?
Untuk guru
·         Buka laman SAPS yang utama
·         Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
·         Masukkan ID Pengguna
·         Masukkan kata laluan
·         Klik log in
·         Halaman seterusnya akan dipaparkan

Untuk ibu bapa atau umum
1. Taip "SAPS" di google search
2. Pilih semakan ibu bapa
3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
5. Pilih tahun
6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan :)