Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Thursday 6 March 2014

PROGRAM UTILITI




Assalamualaikum korang ^^, harini saya akan post mengenai program utiliti. Maksud program utiliti adalah program atau perisian yang melaksanakan pelbagai jenis tugas berkaitan dengan pengurusan atau kerja-kerja penyelenggaraan sesebuah komputer seperti pengurusan fail, menyahkan virus dan memberi laporan kerosakan komputer.

Terdapat dua jenis perisian utiliti

Built in software (Windows Explorer, Disk Cleanup, Disk Defragmenter), dan third party software (Winzip, Norton Utility, Kaspersky AntiVirus)

Jenis perisian utiliti

* AntiVirus
* Pengurusan Fail (File Management)
* Diagnosis
* Pemampatan Fail (File Compression)
* Disk Defragmenter


Antivirus

Adalah program yang melindungi sesebuah computer daripada virus dengan mengenal pasti dan membuang virus computer yang dikenal pasti pada ingatan atau medium storan ataupun pada fail yang akan dimasukkan ke dalam komputer.


Pengurusan Fail

Adalah program utility yang membuat pengurusan berkaitan dengan fail seperti memadam fail, menyalin fail, menukar nama fail, memindahkan fail, membuka fail dan pengurusan cakera (disk) seperti format dan menyalin cakera


Diagnosis

Adalah program utility yang mengumpul maklumat teknikal perkakasan komputer dan perisian system yang lain dan kemudian menyiapkan laporan tentang masalah-masalah yang telah dikenal pasti



Pemampatan Fail

 
Adalah program utility yang boleh mengurangkan saiz fail sehingga ruang simpanan yang sedikit diperlukan dan dapat mengurangkan masa penghantaran jika kita membuat penghantaran fail tersebut melalui internet

No comments:

Post a Comment