Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Tuesday 26 August 2014

Ciri-Ciri Jadual Hubungan

Assalamualaikum semua :D hari ni saya akan post tentang Ciri-Ciri Hubungan Jadual.. Korang ingat tak haritu saya ada post tentang jenis-jenis hubungan jadual? haaa ada kan? ni pulak ciri-ciri dia.. Mula-mula nak buat ciri-ciri ni pun tak dapat nak bezakan antara ciri-ciri dengan jenis macam mana haha ni pun tak tahu la betul ke takk..



Ciri-Ciri Hubungan Satu Ke Satu

Ciri-ciri hubungan satu ke satu ialah jika jadual pangkalan data mengandungi beberapa lajur, entity akan perpecah kepada 2 entity dalam jenis jadual hubungan satu ke satu. Sebagai contoh, entity pelajar berhubung dengan entity kursus tetapi dalam entity pelajar dan kursus mempunyai banyak atribut.
  
 Ciri-Ciri Hubungan Satu Ke Banyak

Ciri-Ciri hubungan satu ke banyak ialah apabila satu entity contohnya dalam jadual pelajar berhubungan dengan atribut dalam jadual kursus. Jadual pelajar boleh mempunyai rekod yang hamper sama banyak dalam jadual kursus. Sebagai contoh, semua maklumat pelajar disimpan dalam jadual pelajar manakala semua kursus pelajar disimpan dalam jadual kursus. Setiap pelajar boleh mempunyai banyak kursus tetapi setiap kursus hanya boleh dihasilkan untuk satu pelajar.


Ciri-Ciri Hubungan Banyak Ke Banyak

Dalam hubungan banyak ke banyak, satu atau lebih baris dalam jadual boleh dikaitkan dengan 1 atau banyak baris dalam jadual yang lain. Sebagai contoh, semua pelajar yang mempunyai kursus dalam jadual pelajar manakala semua jenis kursus terdapat dalam jadual kursus. Setiap pelajar boleh mempunyai banyak kursus dan setiap kursus boleh diberikan kepada banyak pelajar.

No comments:

Post a Comment