Assalamualaikum korang ^^, harini saya akan post mengenai program utiliti. Maksud program utiliti adalah program atau perisian yang
melaksanakan pelbagai jenis tugas berkaitan dengan pengurusan atau
kerja-kerja penyelenggaraan sesebuah komputer seperti pengurusan fail,
menyahkan virus dan memberi laporan kerosakan komputer.
Terdapat
dua jenis perisian utiliti
Built in software (Windows Explorer, Disk
Cleanup, Disk Defragmenter), dan third party software (Winzip,
Norton Utility, Kaspersky AntiVirus)
Jenis perisian
utiliti
* AntiVirus
* Pengurusan Fail (File
Management)
* Diagnosis
* Pemampatan Fail (File
Compression)
* Disk Defragmenter
Antivirus
Adalah program yang melindungi sesebuah computer daripada
virus dengan mengenal pasti dan membuang virus computer yang dikenal pasti pada
ingatan atau medium storan ataupun pada fail yang akan dimasukkan ke dalam komputer.
Pengurusan
Fail
Adalah program utility yang membuat pengurusan berkaitan
dengan fail seperti memadam fail, menyalin fail, menukar nama fail, memindahkan
fail, membuka fail dan pengurusan cakera (disk) seperti format dan menyalin
cakera
Diagnosis
Adalah program utility yang mengumpul maklumat
teknikal perkakasan komputer dan perisian system yang lain dan kemudian
menyiapkan laporan tentang masalah-masalah yang telah dikenal pasti
Pemampatan Fail
Adalah program utility yang boleh mengurangkan saiz fail sehingga ruang simpanan yang sedikit diperlukan dan dapat mengurangkan masa penghantaran jika kita membuat penghantaran fail tersebut melalui internet
No comments:
Post a Comment