Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Sunday, 5 July 2015

MENGENALI JENIS ANTARA MUKA PENGGUNA

1. Antara muka baris arahan ( Command-line Interface / CLI )
  • Pengguna menyediakan input dengan menaip satu arahan pada papan kekunci komputer dan sistem bertindak dengan memaparkan teks pada monitor komputer. Sebagai contoh, pengguna menggunakan “Commad Line Prompt/ CMD” untuk berinteraksi dengan komputer.

2. Antara muka grafik ( Graphical User Interface )
  • Antara muka grafik menerima input melalui peranti seperti papan kekunci komputer dan tetikus dan menyediakan output grafik pada monitor komputer.
  • Antara muka grafik digunakan untuk manipulasi ikon secara terus dengan menggerakkan sesuatu peranti contohnya tetikus untuk melaksanakan tugas tertentu. Sebagai contoh, memindahkan satu fail dari satu folder ke dalam folder yang lain dengan menggunakan tetikus. Sebagai contoh dengan adanya “Icon”

3. Antaramuka berpandukan menu ( Menu-driven User Interfaces )
  • Antaramuka berpandukan menu membenarkan pengguna untuk mencapai arahan melalui-menu

4. Antaramuka Segera ( Prompt User Interface )
  • Antaramuka segera mempercepatkan pengguna untuk memasukkan input, meminta maklumat serta pergi ke langkah yang seterusnya. Sebagai contoh, komputer meminta pengguna untuk memasukkan ID pengguna dan kata laluan untuk terus pergi ke antaramuka yang berikutnya. Sabagai contoh pengguna masukkan ID dan password dalam akaun google mail (Gmail)


5. Antaramuka Melalui Suara ( Voice User Interface / VUI )

  • Antaramuka melalui suara membenarkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan aplikasi bahasa percakapan.
  • Elemen-elemen VUI termasuklah prompts, tatabahasa, dan dialogue logic.
  • Segala rakaman atau ucapan yang telah disintesis dimainkan kepada pengguna semasa dialog.
  • Seterusnya, tatabahasa akan mengenalpasti segala respon yang diucapkan oleh pengguna. Namun, sistem hanya akan memahamai perkatan-perkataan, ayat serta frasa yang telah sedia ada di dalam tatabahasa.

6. Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna ( Multi-modal User Interfaces )

  • Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna merujuk kepada interaksi antara maya dan persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semula jadi.
  • Secara lebih spesifik, sistem pelbagai modal menyediakan persekitaran yang lebih fleksibel, efisyen, dan boleh digunakan bagi membenarkan pengguna untuk berinteraksi melalui kaedah input seperti ucapan, tulisan, isyarat tangan dan pandangan.
  • Selain itu, kaedah output juga dapat digunakan bagi tujuan ini seperti menggunakan ucapan yang disintesis, grafik bijak dan lain-lain.



2 comments: