Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Tuesday, 30 June 2015

Human Computer Interaction (HCI)

Apa itu Human Computer Interaction (HCI) 
 Suatu proses iaitu Human Computer Interaction (HCI) , pengguna boleh manfaatkanya dan boleh berinteraksi antara dua muka (interface) melalui medium (hardware) seperti komputer. Semasa HCI sedang dijalankan, sebenarnya kita sedang berinteraksi dengan komputer dan kita sendiri yang memberi arahan kepada komputer, dan sistem computer menerima arahan daripada kita dan terus melaksanakan arahan tersebut. Sistem komputer akan melaksanakan arahan sehingga selesai. Tujuan HCI adalah membuatkan sistem lebih efektif bebas dari gangguan
(hacker), efisien dan mempunyai pelbagai fungsi yang lain lagi. 

Pengguna Yang Menggunakan HCI
 Manusia yang menggunakan HCI adalah pengguna yang berinteraksi dengan komputer melalui sistem komputer dengan memberikan arahan serta merta sehingga dapat menyelesaikan kerja sehingga selesai. Pengguna yang menggunakan HCI menggunakan hardware seperti komputer, tetikus (mouse) untuk memasukkan maklumat seperti rekabentuk, penilaian seseorang dan sebagainya.

Komputer
 Jika yang baru mengenali dunia IT, komputer adalah hardware yang digunakan sebagai medium untuk manusia berinteraksi dengannya. Untuk menjalankan HCI, perkakasan seperti komputer amat diperlukan. Telefon bimbit juga merupakan perkakasan sama seperti komputer yang didalamnya terdapat “add gesture” “fingerprints” dan sebagainya. Dunia moden sekarang telah banyak mewujudkan komputer pelbagai jenis 

Interaksi
 Interaksi pula adalah sesuatu perkara yang membolehkan terjadinya sesuatu interaksi antara pengguna dan komputer. Interaksi adalah perkara yang menyampai maklumat melalu medium yang telah dinyatakan tadi dengan mudah. Bagaimana interaksi boleh terjadi? Interaksi merupakan proses dimana ianya memerlukan manusia (human) dan juga komputer (hardware) untuk berinteraksi untuk menyelesaikan sesuatu perkara dalam aspek rekabentuk, penilaian dan sebagainya. Tanpa kedua perkara tersebut, akan tidak wujud interaksi antara manusia dan komputer kerana computer menerima arahan daripada pengguna yang dipanggil interaction. Sebagai contoh terdapat pengguna menggunakan komputer.

No comments:

Post a Comment