Assalamualaikum hai ^^ Selamat Datang ke blog Intan Sofea.. Di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu ^^.. Nama saya Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. Umur 19 tahun.. Mengambil kursus Pangkalan data dan Aplikasi Web.. Merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Selangor ;) // Hai ^^ Welcome To my blog Intan Sofea.. Let me intro first.. My name is Nur Intan Sofea binti Rosmadi.. 19 years old.. take courses Database Management and Web Application.. Student from College Vocational Kuala Selangor ;)

Monday, 24 February 2014

KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING

Assalamualaikum :) semalam saya telah belajar tentang Kunci Primer Dan Kunci Asing ^^ haha bila cikgu ajar, rasa terlebih faham pula :P okay saya akan terangkan. Di dalam pangkalan data, terdapat kunci primer dan kunci asing yang mana nilainya adalah unit dan mesti diisi (tidak boleh ditinggalkan kosong). Setiap jadual mesti mesti mempunyai mimimum satu kunci primer.




KUNCI PRIMER

  • Kunci primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual. Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null. (tidak boleh ditinggalkan kosong).
  • Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer. Pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan niloainya dengan medan-medan lain.
  • Kunci primer juga boleh diberikan secara automatik oleh perisian DBMS.
  • Kunci primer juga boleh dicipta sendiri oleh pengaturcara. Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak aka nada no kad pengenalan yang sama antara dua orang) ataupun nombor surat beranak, nombor passport, nombor pelajar ataupun nombor pekerja.









KUNCI ASING

  • Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer, yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain. Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang.
  • Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujuknya. Nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang.







KEPENTINGAN KUNCI PRIMER

  • Memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
  • Memberikan identity yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data.
  • Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
  • Mengelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan computer.
  • Memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod-rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kataq kunci ke atas kunci primer.

PERBEZAAN ANTARA KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING

Berikut adalah perbezaan antara kunci primer dan kunci asing berdasarkan kepada ciri-cirinya.







KUNCI PRIMER
         Ciri-ciri
Kunci asing
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual

Lokasi
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik

Cipta
Ia dicipta dengan memasukkan medan kunci primer dari satu jadual ke jadual yang lain
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
Bilangan kunci
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual

Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang
Pengulangan Data
Data di dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang.

Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual
Nilai kunci
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain.

Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama

Nilai Kosong
Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik
Fungsi kunci
Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual bersama






No comments:

Post a Comment